Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Hab Rendah Karbon Kuching dijangka tarik pelaburan RM200 bilion

KUCHING, 25 Nov: Pelancaran projek Hab Rendah Karbon Kuching dijangka menarik pelaburan hingga RM200 bilion untuk memajukan sektor tenaga rendah karbon.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata projek ini akan meletakkan Sarawak sebagai peneraju utama dalam ekonomi itu khususnya di rantau ini.

“Hab Rendah Karbon Kuching yang menjadi asas kepada perjalanan peralihan tenaga Sarawak yang ini dijangka menarik pelaburan sehingga RM200 bilion, membuka peluang di seluruh Sarawak.

“Dengan memacu inovasi teknologi, pertumbuhan industri, dan menyokong peralihan tenaga, Hab Rendah Karbon Kuching akan meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam ekonomi tenaga rendah karbon, ” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Hala Tuju Gas Sarawak 2024 di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Isnin.

Abang Johari berkata projek Hab Rendah Karbon Kuching bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga semasa, tetapi juga menjadi asas kukuh untuk pertumbuhan mampan jangka panjang yang menyokong kemajuan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Beliau menjelaskan bahawa pelancaran projek ini menggariskan visi jelas Sarawak untuk merealisasikan masa depan yang mampan melalui perancangan strategik dan pelaburan berimpak tinggi.

Malah menurutnya langkah itu mencerminkan kesediaan Sarawak untuk menjadi peneraju dalam penyelesaian tenaga rendah karbon, sejajar dengan permintaan global terhadap tenaga bersih dan lestari.

Difahamkan Hab Rendah Karbon Kuching akan dibina secara berfasa dalam tempoh 15 tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan