Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli sains ketenteraan China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap. Foto hiasan Envato

China cipta salutan halimunan jadikan pesawat tidak dapat dikesan radar antiselinap

ByBernama

BEIJING, 25 Nov: Ahli sains ketenteraan China telah membangunkan bahan penyelinapan baharu yang boleh digunakan pada pesawat dan peralatan pertahanan lain untuk mengurangkan kebolehlihatan radar antiselinap, lapor Sputnik.

Akhbar South China Morning Post pada Isnin melaporkan bahan baharu itu, yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Pertahanan Kebangsaan, mampu menukar gelombang elektromagnet dengan panjang gelombang antara 0.7 meter hingga 0.18 meter menjadi haba. Teknologi ini berkesan meliputi jalur P dan L yang merupakan jalur operasi kebanyakan radar antiselinap masa kini.

Menurut laporan itu, bahan itu ringan, fleksibel dan mudah dihasilkan secara besar-besaran, menjadikannya sesuai untuk menyaluti pesawat atau platform senjata lain yang memerlukan ciri penyelinapan.

Ahli sains turut menyatakan bahawa bahan ini menjimatkan kos dan boleh digunakan pada pelbagai jenis peralatan ketenteraan. Mereka percaya bahawa teknologi ini berpotensi menjadi “kunci bagi China untuk memenangi peperangan masa depan.”

China kini memegang majoriti paten metamaterial di dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan