Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel

ByBernama

ANKARA, 25 Nov: Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam kenyataannya, kementerian itu memaklumkan kira-kira 104,638 yang lain cedera dalam serangan yang sedang berlangsung.

“Tentera Israel membunuh 24 orang dan mencederakan 71 yang lain dalam pembunuhan beramai-ramai ke atas dua keluarga dalam tempoh 24 jam lepas,” menurut kementerian itu.

“Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengeluarkan mereka,” tambahnya.

Tentera Israel meneruskan perang genosid di Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas tahun lepas, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa gencatan senjata segera.

Pengiktirafan antarabangsa terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gaza telah meningkat pada tahun kedua perang Israel yang membawa maut, kerana organisasi dan pemimpin telah melabelkan peristiwa itu sebagai percubaan yang disengajakan untuk memusnahkan penduduk.

Pada Khamis, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang kejamnya di Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan