Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli keluarga Bekas Ahli Lembaga Pengarah Kursi Sheikh Othman Sarawak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allahyarham Profesor Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Adruce diwakili anak sulungnya, Dr Mohammad Zufar Shahren menyampaikan cek cura Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM kepada Fakulti Pengajian Islam. Foto Amirah Shawel (TVS)

Allahyarham Prof Dr Shahren wakaf biasiswa RM30,000 untuk pelajar Sarawak di UKM

ByAmirah Shawel

BANGI, 25: Bekas Ahli Lembaga Pengarah Kursi Sheikh Othman Sarawak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Allahyarham Profesor Dr Shahren Tun Ahmad Zaidi Adruce mewakafkan sumbangan biasiswa kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi penganjian tinggi itu.

Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Profesor Dr Ahmad Sunawari Long berkata biasiswa itu akan diberikan kepada mahasiswa daripada keluarga B40 dari Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Perubatan UKM.

Jelas beliau, fakulti masing-masing akan menerima sumbangan sebanyak RM15,000.

“Sumbangan ini akan digunakan oleh pelajar sepanjang pengajian mereka di UKM untuk pembelajaran dan bantuan sara hidup.

“Lebih kurang 20 pelajar Sarawak dari Fakulti Pengajian Islam dan jumlah hampir sama di Fakulti Perubatan,” katanya ketika ditemui TVS, hari ini.

Tambah beliau, biasiswa itu akan disalurkan ke dalam akaun pengajian pelajar agar mereka dapat memanfaatkannya dengan baik.

Sebelum itu, ahli keluarga Allahyarham Profesor Dr Shahren diwakili anak sulungnya, Dr Mohammad Zufar Shahren menyampaikan cek cura Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM kepada Fakulti Pengajian Islam.

Profesor Dr Shahren yang juga mantan Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS meninggal dunia pada 21 Jun lalu di Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, anak sulungnya, Dr Mohammad Zufar Shahren berkata sumbangan biasiswa itu diberikan kepada dua fakulti tersebut bagi menghargai kecintaan bapanya dalam ilmu pengajian Islam dan perubatan.

Jelasnya, perkara itu diputuskan oleh pihak Kursi Sheikh Othman Sarawak dan Lembaga UKM.

“Ayah saya menghabiskan separuh hayatnya dalam pendidikan. Bagi beliau, pendidikan untuk masa depan adalah keutamaan masyarakat.

“Beliau mahu terus berpegang kepada prinsip itu biarpun semasa hidup atau setelah meninggal dunia,” katanya.

Zufar berharap para pelajar yang akan menerima manfaat ini akan berjaya dalam pengajian dan terus menyanjungi ilmu pendidikan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan