Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri. Foto fail Bernama

Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri – Azalina

ByBernama

KOTA TINGGI, 24 Nov: Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan negeri pastinya mempunyai alasan dan kajian yang mendasari keputusan untuk meneliti cadangan waktu bekerja tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan ulasan lanjut kerana tidak memiliki perincian lengkap mengenai perancangan kerajaan negeri itu.

“Saya tidak mempunyai maklumat terperinci tentang cadangan ini. Namun, saya yakin bahawa kerajaan negeri mempunyai rasional yang kukuh sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya pada pemberita selepas Program Makan Malam Khidmat Komuniti Parlimen Pengerang, dekat sini, semalam.

Ahli Parlimen Pengerang itu turut berkongsi pandangan peribadi mengenai perubahan lanskap waktu bekerja akibat kepesatan pembangunan teknologi yang semakin canggih.

“Pandangan saya secara umum, tidak ramai yang bekerja hanya lapan jam sehari lagi (kerana) kebanyakan orang kini bekerja lebih daripada lapan jam, disebabkan adanya sistem teknologi seperti telefon pintar,” katanya.

“Waktu bekerja sebenarnya tertakluk kepada profesion tertentu kerana terdapat profesion yang memerlukan masa bekerja lebih daripada lapan hingga 10 jam, malah ada kalanya kerja tersebut boleh dilakukan dari rumah.

“Kita perlu bersikap lebih terbuka kerana menjelang tahun 2025, banyak perubahan akan berlaku, khususnya dalam aspek teknologi yang bergerak dengan begitu pantas,” katanya.

Khamis lepas, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan kerajaan negeri sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri ini kepada hanya empat hari setengah susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri kini sedang giat melakukan penambahbaikan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya termasuk penyeragaman waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada 2022, 61 organisasi mengambil bahagian dalam percubaan empat hari seminggu bekerja di United Kingdom yang menunjukkan bahawa organisasi yang melaksanakan waktu kerja lebih singkat meraih manfaat yang ketara, termasuk peningkatan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Menurut Institut Pengurusan Bertauliah (CMI), data menunjukkan bahawa mereka yang mengambil bahagian dalam percubaan selama enam bulan itu menunjukkan pengurangan 71 peratus dalam kelesuan melampau (burnout) pekerja dan pengurangan 65 peratus dalam cuti sakit, membawa kepada 89 peratus organisasi yang mengambil bahagian meneruskan pengurangan jam selepas tempoh percubaan dengan beberapa organisasi melaporkan pertumbuhan hasil sehingga 34 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan