Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sulaiman dan tetamu lain bergambar bersama pasukan Blue Tiger PDRM dan pasukan Geram Beat A selepas final Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa 2024 hari ini. Foto TVS

Sudah tiba masanya gelanggang tarik tali berprestij dibina di Limbang – Sulaiman

LIMBANG, 24 Nov: Sudah tiba masanya kemudahan gelanggang tarik tali dibina di Limbang sebagai venue dan pusat utama penganjuran kejohanan berprestij itu yang diadakan sejak 17 tahun lepas.

Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pasukan bertanding yang mencadangkan agar satu arena dan gelanggang tarik tali dibina di daerah itu.

Jelasnya, Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang (PTTBL) juga sudah mengutarakan permohonan itu kepada Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang juga bersetuju untuk membina prasarana sukan tarik tali di daerah itu sebelum ini.

“Perkara ini telahpun dikemukakan oleh PTTBL kepada Datuk Dr Abdul Rahman yang juga bersetuju pada dasarnya ini kerana kejohanan ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dari pasukan bertanding,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penangguhan Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa di Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Turut sama ialah Wali Kota Majlis Daerah Limbang yang juga Presiden PTTBL, Kaunselor Sufian Mohat.

Jelas Sulaiman, kemudahan itu juga penting memandangkan kejohanan tarik tali mendapat sambutan luar biasa bukan saja di Malaysia, malah di negara jiran Brunei Darussalam.

Pada kejohanan itu Pasukan Blue Tiger PDRM dinobat sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM20,000 pingat dan merangkul Piala Yang Amat Berhormat Premier Sarawak.

Tempat kedua diraih pasukan Geram Beat A dari Sabah yang menerima wang tunai RM15,000 dan piala manakala kedudukan ketiga dimenangi pasukan Chainblock A dari negara jiran Brunei Darussalam yang menerima RM10,000.

Bagi kategori wanita pula, pasukan Lock Qawaai dari Limbang meraih gelaran juara manakala kategori remaja dimenangi pasukan MG5 daripada negara Brunei Darussalam dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan