Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama para pemenang Sarawak Pickleball Open Tournament (SPOT) 2024 di Miri, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

SPOT 2024 cungkil bakat baharu, angkat sukan pickleball

ByVanessa Enjop

MIRI, 24 Nov: Kejohanan Sarawak Pickleball Open Tournament (SPOT) 2024 menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baharu dan mengangkat nama pickleball negara ke peringkat lebih tinggi.

Dianjurkan oleh Persatuan Pickleball Sarawak (SPA), kejohanan selama tiga hari dari 22 hingga 24 November ini menarik penyertaan seramai 224 pemain dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Taiwan mencerminkan daya tarikan sukan ini di peringkat antarabangsa.

Karina Aditya Dwipayan, 19, pemain dari Indonesia dinobatkan sebagai juara perseorangan wanita.

Karina Aditya Dwipayan, juara perseorangan wanita bagi Sarawak Pickleball Open Tournament (SPOT) 2024. Foto TVS

“Acara ini sangat istimewa buat saya kerana saya dijemput Delima Ibrahim selaku Presiden Persatuan Pickleball Sarawak. Tempat ini sangat baik dan pengarah kejohanan menjadikan acara ini sangat bermakna.

“Saya berharap untuk bermain dengan lebih baik dan terus meningkatkan prestasi setiap hari, mungkin bukan hanya dalam kategori perseorangan tetapi juga beregu,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Syed Uzair Sufi Syed Ibrahim, 19, berjaya menewaskan lawannya dalam aksi final perseorangan lelaki dengan permainan konsisten dan pukulan tajam, melakar kejayaan besar dalam kerjaya profesionalnya.

Syed Uzair Sufi Syed Ibrahim, juara perseorangan lelaki bagi Sarawak Pickleball Open Tournament (SPOT) 2024. Foto TVS

“Sudah tentu saya sangat gembira. Dalam separuh akhir, saya berjaya menewaskan salah seorang pemain terbaik dalam pickleball dan juga pemain nombor satu di Indonesia.

“Saya rasa ini adalah salah satu kejohanan terbaik di Malaysia setakat ini, dengan penajaan yang bagus, penganjuran yang baik, dan gelanggang yang hebat,” katanya.

Bercakap mengenai perancangan masa depan, Syed Uzair mendedahkan impiannya untuk bermain di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, matlamat saya ialah menjadi pemain pickleball profesional. Saya berharap dapat ke Amerika Syarikat dan bermain dalam PPA Tour, iaitu kejohanan tertinggi untuk pickleball,” tambahnya.

Majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di MYY Mall, Lutong, telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

SPOT 2024 menampilkan tujuh kategori termasuk perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, serta beregu campuran.

Dengan sokongan daripada kerajaan negeri, penaja dan komuniti tempatan, SPOT 2024 membuktikan bahawa sukan seperti pickleball mampu menjadi jambatan penyatuan dan platform untuk pembangunan bakat baharu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan