Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamas mengutuk pada Sabtu serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, menyifatkannya sebagai “penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa,”. Foto AFP

Serangan ke atas hospital di utara Gaza tunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel – Hamas

ByBernama

BANDARAYA GAZA, 24 Nov: Hamas mengutuk pada Sabtu serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, menyifatkannya sebagai “penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa,” lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang Palestin itu menyeru masyarakat antarabangsa mengenakan “sekatan tegas” ke atas Israel.

Hamas mendakwa tentera Israel melakukan “genosid secara sistematik” di utara Gaza, termasuk “serangan berturut-turut ke atas Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.”

Kumpulan itu turut mengecam “kempen genosid, pembersihan etnik, dan pengusiran paksa terhadap orang awam di utara Gaza serta taktik kebuluran yang menyasarkan dua juta penduduk di wilayah itu,” yang dilakukan Israel secara berterusan dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai “penghinaan terhadap kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.”

Hamas meminta masyarakat antarabangsa untuk “melaksanakan langkah-langkah yang menghukum terhadap pihak Israel bagi menghentikan pencerobohan dan pelanggaran undang-undang kemanusiaan.”

Terdahulu, Pengarah Hospital Hussam Abu Safiya, menyifatkan serangan pada Jumaat sebagai “satu lagi episod hitam dalam siri pengeboman berterusan.”

Serangan yang berlangsung dari tengah hari hingga tengah malam itu menyasarkan “kawasan penerimaan kecemasan, pintu masuk, kawasan lapang, dan generator,” menyebabkan 12 kecederaan, termasuk kalangan doktor, jururawat, dan staf pentadbiran.

Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, mengakibatkan lebih 44,000 kematian, kebanyakan mereka wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 104,000 orang.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengumumkan bahawa ia telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga sedang menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan