Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Panjang Ringgit Ibol, Sri Aman, ditemui selamat hari ini. Foto JBPM

Selepas 4 hari SAR dijalankan, warga emas hilang di Sri Aman ditemui selamat

SRI AMAN, 24 Nov: Selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Rumah Panjang Ringgit Ibol di sini, ditemui selamat hari ini.

Komander Operasi, Mohamad Fadhli Buyong berkata, mangsa Niang Lasa,75, dijumpai orang awam di Sungai Antu, Batu Lintang, Sri Aman pada jam 10.30 pagi tadi.

“Penemuan mangsa adalah di luar zon pengoperasian sejauh lebih kurang lapan kilometer dan terus dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pemeriksaan kesihatan mangsa dan seterusnya dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk menerima rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada Khamis, seorang lelaki warga emas yang mempunyai sejarah sakit jantung dikhuatiri hilang ketika ke kebun di Rumah Panjang Ringgit Ibol.

Niang memberitahu mahu pergi ke kebun miliknya di Sungai Raya Ibol pada jam 11 pagi, semasa keluar rumah mangsa tidak menggunakan baju dan hanya menggunakan seluar panjang dan membawa parang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan