Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh melanda kampung Harang Julu, Padang Lawas, Sumatera Utara pada pagi semalam. Foto TVS

Satu keluarga terkorban tertimbus tanah runtuh di Sumatera Utara

JAKARTA, 24 Nov: Seramai empat orang daripada satu keluarga maut dalam kejadian tanah runtuh yang melanda kampung Harang Julu, Padang Lawas, Sumatera Utara pada pagi semalam.

Empat mangsa itu ialah Hermandianto (40 tahun) dan Lila Siregar (32 tahun) yang merupakan ibu bapa kepada dua anak mereka Azra (7 tahun) dan Dwi (5 bulan) yang maut akibat tanah runtuh menimbus rumah mereka.

Menurut Ketua Pejabat Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Medan, Mustar, kesemua mangsa berjaya ditemui dan dikeluarkan selepas operasi mencari tertumpu di rumah itu.

“Tanah runtuh akibat hujan lebat menyebabkan dua rumah dan tiga kedai tertimbus di situ dan itu menjadi tumpuan pasukan mencari dan kita berjaya menemui kesemua mangsa yang maut,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengeluarkan mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk setempat dan agensi terbabit.

Sementara itu, tiga orang lainnya mengalami cedera dan pencarian masih dijalankan bagi mengesan jika masih ada mangsa tertimbus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan