Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad remaja lelaki lemas ketika mandi laut di kawasan Kampung Nelayan Batu Mandi, Bintulu, semalam ditemui hari ini. Foto IPD Bintulu

Rakan lihat mangsa ditarik ombak sebelum dihanyut arus deras

BINTULU, 24 Nov: Rakan yang mandi laut melihat mangsa ditarik ombak sebelum dipercayai hanyut dibawa arus deras dan gagal diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu menerima panggilan berhubung kes itu sekitar jam 4.45 petang semalam.

“Pihak polis dimaklumkan bertempat di kawasan Kampung Nelayan Batu Mandi, Bintulu, terdapat seorang mangsa dipercayai hilang di bawa arus ombak ketika sedang mandi bersama tiga orang rakan di pantai tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa Valentino Austin Richie adalah seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 18 tahun dan tinggal tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, jasad mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak lebih kurang satu batu nautika dari pesisir pantai pada jam 9.18 pagi tadi.

“Jasad telah dibawa ke jeti Lembaga Sungai Sarawak oleh bot Pasukan Polis Marin Wilayah 5 untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu, untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Katanya, polis mengklasifikasi kes sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR), orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan