Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Penguang Manggil ketika perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Marudi di Miri, hari ini. Foto Tasha Jenkins (TVS)

Projek infrastruktur utama diluluskan bagi kemudahan masyarakat di Marudi – Penguang

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 24 Nov: Kerajaan Sarawak telah meluluskan beberapa projek infrastruktur utama bagi kemudahan masyarakat di kawasan Marudi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr. Penguang Manggil.

Beliau berkata, antaranya ialah projek pembinaan jalan raya baharu dari simpang Lapok ke Long Teran Batu Tinjar yang merangkumi pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Tinjar ke Long Teran Kanan.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  telah mengumumkan bahawa jalan Miri ke Marudi akan mula dilaksanakan tahun depan.

“Projek R5 ini akan menghubungkan Miri, Marudi, Mulu serta Long Panai ke Long Lama dan melibatkan kontraktor berpengalaman dalam pembinaan jalan konkrit,” katanya ketika sidang media pada Mesyuarat Agung Tahunan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Marudi di sini, hari ini.

Penguang turut memaklumkan bahawa pembinaan jalan pintas R5 sepanjang 42 kilometer dari Miri ke Marudi dijangka bermula tahun depan dengan anggaran kos sekitar RM800 juta.

“Projek ini dijadualkan siap dalam masa dua tahun dan ia akan memudahkan perjalanan penduduk Marudi,” ujarnya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa seluruh kawasan Marudi dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2025.

“Lebih 100 menara telekomunikasi telah didirikan untuk meningkatkan sambungan internet di kawasan tersebut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan