Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Romeo(tengah) pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N53 Bawang Assan hari ini. Foto TVS

PBB Bawang Assan mahu bawa usul persempadanan semula di Perhimpunan Agung PBB nanti

SIBU, 24 Nov: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bawang Assan akan membawa usul persempadanan semula ke Perhimpunan Agung ke-16 parti tersebut pada Februari 2025.

Ketua Cawangannya, Romeo Christopher Tegong berkata, usul tersebut telah disampaikan di mesyuarat perwakilan cawangan tersebut hari ini bertujuan untuk mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu di kawasan Bawang Assan.

“Ia melibatkan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rassau, Bawang Assan dan Penasu yang dianggarkan mempunyai 12, 000 pengundi. Usul itu serta semua usul tadi kita akan bawa ke Perhimpunan Agung yang dijadual akan diadakan pada 14 Feb 2025.

“Hal persempadanan semula ini akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bulan Mei sebelum dibawa ke Parlimen untuk kelulusan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas mesyuarat  ketua cawangan Bawang Assan yang dipilih semula bagi tempoh 2025-2027 di sebuah hotel di Sibu pada Ahad.

Tambahnya, persempadanan itu perlu bagi mempercepatkan lagi pembangunan kawasan Bawang Assan yang telah jauh ketinggalan dalam arus pembangunan berbanding kawasan-kawasan lain.

Menurutnya, beberapa usul lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu juga akan dibawa kelak.

“Antaranya ialah elaun Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK), kuota jumlah ahli majlis kerajaan tempatan dan hal-hal pembangunan setempat,” tambahnya.

Romeo berkata, tempoh DUN Sarawak yang ke-19 akan tamat pada 14 Februari 2027 dan beliau yakin kawasan-kawasan DUN yang baharu diwujudkan kelak sempat dimasukkan untuk Pilihan Raya Negeri ke-13. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan