Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. Foto Bernama

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pengiktirafan berprestij itu diumumkan oleh Pemangku Presiden BAM Datuk Subramaniam Veruthasalam pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.

Timbalan Presiden MOM Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji sumbangan transformatif Mohamad Norza kepada badminton Malaysia sebagai Timbalan Presiden dan juga sebagai Presiden BAM selama lebih sedekad.

“Di bawah kepimpinannya beliau menerajui pembinaan Akademi Badminton Malaysia yang tercanggih, menambah baik pentadbiran BAM, dan meningkatkan tadbir urusnya. Beliau juga meningkatkan kemampanan kewangannya dengan mendapatkan tawaran penajaan berjuta-juta ringgit.

“Walaupun selepas meletak jawatan sebagai Presiden BAM, Mohamad Norza meneruskan legasinya dengan memulakan penubuhan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamidin berkata beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia (OCA), yang merupakan satu daripada sumbangan besar pertamanya sejak dipilih sebagai Naib Presiden OCA pada 8 Sept.

Mohamad Norza meletak jawatan sebagai Presiden BAM pada 24 Ogos, selepas tujuh tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan