Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Penutupan Karnival Gemilang Damai Siri Lima di Buntal Esplanade, Kuching pada Ahad. Foto Mahathir Haroun (TVS)

KJM dapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan, antarabangsa

ByWilly Jali

KUCHING, 24 Nov: Kejiranan Mesra (KJM) di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Ultiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, KJM merupakan satu-satunya program di bawah DBKU yang berjaya melaksanakan aktiviti kemasyarakatan secara sistematik dan berkesan.

“KJM ini bukan sahaja ada di Sarawak malahan turut diktiraf di peringkat kebangsaan iaitu di Malaysia. KJM merupakan satu-satunya di Malaysia yang melaksanakan aktiviti kemasyarakatan kejiranan masyarakat itu hanya ada di Sarawak.

“Malahan di peringkat antarabangsa keadaannya lebih kurang sama. Seperti dimaklumkan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman , program KJM turut diperluaskan ke luar negara seperti di Seoul, Korea dan Tokyo, Jepun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Karnival Gemilang Damai Siri Lima di Buntal Esplanade, Kuching pada Ahad.

Jelas Abdul Rahman, di peringkat antarabangsa, KJM turut menjadi model kepada bandar-bandar lain dan aktiviti di bawah KJM telah dikongsikan di beberapa persidangan global.

“Malahan di peringkat dunia, bekas Pengarah DBKU, Datu Junaidi Reduan telah pun membentangkan mengenai KJM dalam persidangan Forum Bandar Dunia di Cairo, Mesir.

“Kita membentangkan program- program DBKU di peringkat dunia dalam Forum Bandaraya Dunia dengan membentangkan aktiviti yang ada dalam KJM,” ujarnya.

Tambahnya, keunikan KJM terletak pada perancangan rapi dan kerjasama erat antara DBKU dan masyarakat setempat.

Aktiviti di bawah program ini memberi manfaat kepada komuniti dan memainkan peranan penting dalam membina hubungan kejiranan yang harmoni.

Justeru, DBKU komited untuk terus mempromosikan KJM dan memastikan program ini menjadi inspirasi kepada bandaraya lain di Malaysia atau di persada dunia.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan