Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto TVS

“Kids Take Over Media” beri peluang kanak-kanak dalami bidang penyiaran

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Nov: Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia TVS berkolaborasi dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia menganjurkan Program “Kids Take Over Media” yang julung kalinya diadakan di negara ini.

Program selama dua hari itu memberi pendedahan kepada 10 pelajar yang terpilih daripada Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk merasai pengalaman sebagai pengamal media.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk memberi peluang kepada para peserta untuk menjadi pengacara program dan penyampai berita serta kru belakang tabir.

Lebih manis, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng merupakan tetamu jemputan dalam program yang dikendalikan peserta.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng ketika ditemui di Studio TVS hari ini. Foto TVS

Menurut Dr Sim, program sebegini merupakan platform bagi mendedahkan kanak-kanak untuk belajar bagaimana mengendalikan tetamu ternama termasuk mendengar serta berkomunikasi dengan mereka.

“Peranan ahli Majlis Kanak-Kanak ini adalah penting dalam menbangunkan masa depan Sarawak khususnya dalam merancang, berbincang, berfikir bersama supaya dapat mencari jalan penyelesaian untuk membina Sarawak yang lebih baik.

“Saya turut berterima kasih kepada TVS dan UNICEF serta semua yang terlibat dalam penganjuran program ini kerana dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar pengalaman yang baharu ini,” katanya ketika ditemui di Studio TVS hari ini.

Menurut Hong Seng, program yang dianjurkan TVS dan UNICEF ini disifatkan sebagai platform untuk mendedahkan kanak-kanak mendalami bidang penyiaran.

“Saya sangat gembira apabila mengetahui TVS akan bersama-sama dalam penganjuran program sebegini ia sekali gus memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melawat ke Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak serta menemu bual sendiri tetamu kehormat.

“Menerusi program sebegini, secara tidak langsung mereka dapat merasai bagaimana cara kerja media dan saya rasa ini permulaan yang baik untuk mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan