Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama pemain futsal pada Kejohanan Futsal Edisi Kelapan Piala Pusingan Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (DSHFA) 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Terus, Oya pada Ahad. Foto TVS

Kejohanan Futsal DSHFA 2024 cungkil bakat baharu, erat hubungan masyarakat

DALAT, 24 Nov: Penganjuran Kejohanan Futsal Edisi Kelapan Piala Pusingan Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (DSHFA) 2024 merupakan aktiviti sukan dan riadah, selain wahana untuk mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain mempromosikan gaya hidup sihat, kejohanan futsal ini turut dijadikan lapangan untuk mencungkil dan memperkasakan bakat-bakat baharu sukan futsal di wilayah ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak itu menambah, kejohanan futsal edisi kelapan ini juga diharap dapat menjadi wadah mengenal pasti pemain-pemain berbakat untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi.

“Kita percaya aktiviti sebegini turut diadakan di tempat lain, selain di sini serta kita galakkan aktiviti sihat sebegini kerana sememangnya ia amat diminati oleh golongan belia,” ujarnya.

“Aktiviti ini turut menyatupadukan peminat-peminat futsal, selain membantu mengelakkan mereka daripada terjebak dalam gejala-gejala sosial dan menariknya, kejohanan ini menjadi kebanggaan warga kampung ini, kerana meskipun kampung mereka kecil, mereka berjaya menganjurkan kejohanan yang berskala besar,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penangguhan Kejohanan Futsal Edisi Kelapan Piala Pusingan Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (DSHFA) 2024 di Dewan Serbaguna Kampung Terus, Oya pada Ahad.

Kejohanan Futsal Edisi Kelapan Piala Pusingan Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (DSHFA) 2024 ini disertai oleh 35 buah pasukan dari Kuching, Sibu, Oya, Dalat dan Mukah.

Johan pertandingan futsal bagi kategori lelaki dirangkul oleh Pasukan Footsal Typo X, naib johan pula disandang oleh pasukan Triospermo sementara pasukan Nebulae dan Ummi FT terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan keempat.

Bagi kategori wanita pula, pasukan Tibak Baok dinobatkan sebagai juara, manakala pasukan MZ Legasi meraih tempat kedua dan pasukan Sekawan FC dan Ei8ht UTD menempa tempat ketiga dan keempat pada kejohanan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan