Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik syarikat di Sibu kerugian RM580, 000 selepas menjadi mangsa kes penipuan e-dagang iaitu pembelian batu jed tidak wujud dalam talian

Jurujual wanita kerugian RM33,400 terpedaya pelaburan tidak wujud

SIBU, 24 Nov: Seorang jurujual wanita berusia 30-an kerugian RM33,400 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud secara atas talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kes itu pada Jumaat.

“Mangsa tertarik dengan satu iklan pelaburan projek hotel dan rumah yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi aplikasi whatsapp pada 18 November 2024.

“Suspek telah memberi penerangan berkenaan pelaburan tersebut dan meminta mangsa mengisi butiran peribadi serta membuat pembayaran pelaburan ke akaun yang diberikan oleh suspek secara berperingkat bagi mendapatkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada 19 hingga 21 November 2024 mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak enam kali transaksi ke dalam dua akaun tempatan.

“Setelah pembayaran berjaya dibuat, mangsa ingin membuat pengeluaran pulangan faedah yang terkumpul, namun suspek mengatakan mangsa dikehendaki membuat pembayaran tambahan bagi pengeluaran faedah pelaburan.

“Sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima apa-apa pulangan dan keuntungan seperti yang dijanjikan dan menyedari telah ditipu,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan