Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek, timur Lubnan, lapor media kerajaan dan Kementerian Kesihatan. Foto AFP

23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan

ByBernama

BAITULMUQADDIS, 24 Nov: Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar di wilayah Baalbek, timur Lubnan, lapor media kerajaan dan Kementerian Kesihatan.

Menurut Agensi Anadolu, sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 13 yang lain cedera apabila jet pejuang Israel menyerang sebuah rumah di bandar Shmustar.

Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan antara mangsa yang terkorban ialah seorang ibu dan empat anaknya.

Lima lagi mangsa kehilangan nyawa dan lima lagi cedera di bandar Bodai.

Empat orang dilaporkan terbunuh manakala tiga yang lain cedera di bandar Flawiye manakala seorang lagi maut di bandar Brital.

Serangan udara Israel turut mencederakan 18 orang di bandar Ras al-Ain dan tiga yang lain cedera di bandar Hourtala.

Di daerah Zahle, wilayah Bekaa, serangan udara Israel di kawasan Harat al-Fikani membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Israel terlibat dalam peperangan rentas sempadan dengan Lubnan, melancarkan kempen udara pada akhir September.

Sejak Oktober lepas, lebih 3,600 orang telah terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan, dengan lebih 15,300 cedera dan lebih 1 juta penduduk terpaksa berpindah, menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan.

Tel Aviv memperluas konflik dengan melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan pada 1 Okt. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan