Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Jumaat bahawa beliau mencalonkan pengurus dana lindung nilai Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan, lapor Xinhua. Foto fail AFP

Trump pilih pengurus dana lindung nilai Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan

ByBernama

WASHINGTON, 23 Nov: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada Jumaat bahawa beliau mencalonkan pengurus dana lindung nilai Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan, lapor Xinhua.

“Saya amat berbesar hati untuk mencalonkan Scott Bessent untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat ke-79,” kata Trump di Truth Social, platform media sosialnya. Beliau menyifatkan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Key Square Group, sebuah firma pelaburan makro global, sebagai individu yang “telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda”.

Dilahirkan di Conway, Carolina Selatan, Bessent membawa pengalaman selama 35 tahun dalam industri pengurusan pelaburan. Perniagaan firmanya merangkumi industri termasuk pertanian, hospitaliti, penerbitan dan hartanah, menurut biografi yang disertakan dalam pengumuman Trump.

Lulusan Universiti Yale pada 1984, Bessent juga pernah menjadi profesor adjung dalam bidang sejarah ekonomi di universiti itu. Beliau adalah ahli Majlis Hubungan Luar Negeri dan Kelab Ekonomi New York.

Jawatan Setiausaha Perbendaharaan merupakan antara jawatan terpenting dalam Kabinet AS. Calon yang dilantik perlu mendapatkan pengesahan daripada Senat sebelum memegang jawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan