Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

Siasatan kes Faisal Halim masih diteruskan – KPN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Siasatan kes kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim masih diteruskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata polis masih giat menjalankan siasatan bagi mencari petunjuk baharu kes tersebut dan sehingga kini tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan, manakala 23 inidividu telah diambil keterangan.

“Hasil analisis forensik terhadap telefon bimbit mereka mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka mengaitkan mereka terlibat dalam kes itu. Pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka juga tidak menemukan sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan polis juga mendapati nombor plat motosikal yang digunakan suspek dalam kes berkenaan adalah palsu.

Pada 5 Mei lepas Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan