Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bintang Bollywood Bertaraf Antarabangsa, Datuk Shah Rukh Khan menyampaikan ucapan pada Pembukaan Besar Bin Zayed International (M) Sdn Bhd di The Exchange TRX pada Jumaat. Foto Bernama

Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara pada Jumaat.

Khan, yang menjadi tetamu istimewa pada pembukaan syarikat berpusat di Dubai itu turut melahirkan keterujaannya dapat kembali ke Malaysia selepas sekian lama.

“Saya pernah ke sini beberapa tahun lepas dan hari ini kembali semula ke sini untuk melihat dua negara yang saya boleh anggap sebagai rakan iaitu UAE (Emiriah Arab Bersatu) dan Malaysia menjalinkan kerjasama.

“Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE. Terima kasih kerana sama-sama hadir dan saya amat gembira serta terharu dapat bertemu anda semua di sini,” katanya pada majlis yang berlangsung di The Exchange 106 di sini semalam.

Pelakon itu turut memuji kerjasama global antara UAE dan Malaysia menerusi perluasan pelaburan oleh Bin Zayed International Group Of Companies (BZI) di negara ini.

Beliau berkata ia merupakan langkah penting dalam memupuk hubungan ekonomi antara kedua-dua negara, sambil menegaskan bahawa kemajuan akan menjadi lebih kukuh apabila ia dikongsi bersama.

BZI, sebuah konglomerat berpusat di Dubai yang mengkhusus dalam bidang pembinaan dan tenaga, perdagangan dan industri, hartanah, teknologi serta perkhidmatan kewangan, dimiliki ahli perniagaan terkemuka yang juga kerabat diraja UAE, Sheikh Khaled Zayed Saquer Al Nahyan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan