Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Forestry Corporation(SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso, Sri Aman semalam. Foto SFC

SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso

SRI AMAN, 23 Nov: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso di sini, semalam.

SFC dalam kenyataannya berkata, pencarian telah dimulakan selepas satu video tular berhubung penemuan itu telah menarik perhatian umum.

“Penilaian awal mendapati bangkai mamalia itu berada dalam keadaan penguraian dan berada di ambang perpecahan.

“Pada masa ini ia tersangkut pada jeriji dan hanya boleh diambil semasa air pasang,” katanya.

Bangkai paus yang ditemui itu dipercayai daripada jenis Paus Baleen (Baleen Whale) dewasa.

Mamalia ini berukuran kira-kira 10 meter panjang, dengan ukur lilit sekitar 2.8 meter dan kira-kira 50 alur tekak.

Pasukan Veterinar dan Forensik SFC dengan kerjasama Jabatan Muzium akan mengumpul kesemua rangka tulang mamalia tersebut hari ini untuk analisis lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan