Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sektor pelancongan Sarawak dijangka terus berkembang

ByMadeline Dugat

KUCHING, 23 Nov: Sektor pelancongan Sarawak dijangka terus berkembang susulan kejayaan penganjuran pelbagai program dan acara.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkembangan positif itu sekali gus melepasi sasaran ditetapkan iaitu empat juta pelancong pada tahun ini.

Menurutnya, pengumuman RM100 bilion pelaburan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pelancaran Laporan Tahunan Pembagunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) mampu membantu melonjakkan sektor pelancongan Sarawak.

“Sektor pelancongan kita semakin berkembang, apa yang kita sasar (pengunjung) untuk tahun 2022 dan 2023 tercapai.

“Kita letak satu lagi sasaran iaitu empat juta pengunjung pada 2024 dan kita berjaya melepasi sasaran tersebut seawal November,” katanya.

Beliau berkata demikian melancarkan Pameran Pristine Seas Bringing The Ocean Back by National Geographic, bertempat di Muzium Budaya Borneo, Kuching, di sini, hari ini.

Karim menjelaskan, rancangan pelaburan diumumkan Premier Sarawak bukan sahaja untuk sektor pelancongan tetapi membantu dalam aspek pembangunan terutama infrastruktur.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan