Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan sekeluarga bagaikan hilang kata-kata apabila rumah mereka di Kampung Air, di sini, tiba-tiba roboh dalam sekelip mata, tengah hari tadi. Foto JBPM

Rumah atas air roboh

SEMPORNA, 23 Nov: Sembilan sekeluarga bagaikan hilang kata-kata selepas rumah mereka di Kampung Air, di sini, tiba-tiba roboh dalam sekelip mata tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, semua penghuni merangkumi seorang lelaki dan tiga wanita dewasa serta lima kanak-kanak terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna, Noor Jali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.11 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai BBP Air Semporna digerakkan ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi, kejadian melibatkan sebuah rumah atas air berkeluasan 83 meter persegi roboh dan hampir tenggelam di laut.

“Pemeriksaan mendapati, sembilan mangsa terperangkap di dalam rumah yang roboh dan operasi mengeluarkan semua mangsa terus dijalankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dalam keadaan selamat.

“Semua mangsa dipindahkan ke balai raya kampung untuk penempatan sementara.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.59 petang,” ujarnya. – TVS

Tags: Air, atas, roboh, rumah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan