Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi laut di Pantai Batu Mandi di Bintulu petang ini. Foto JBPM

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi laut

BINTULU, 23 Nov: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi laut di Pantai Batu Mandi di sini, petang ini.

Komander Operasi, Abdullah Sedi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.10 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikenali Valentino Austin Richie,18 beralamat Rumah Sewa Amoi, Bintulu.

“Pihak bomba difahamkan terdapat mangsa lemas semasa aktiviti mandi laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba menjalankan kerja pemantauan di sekitar Pantai Batu Mandi.

“Pakaian terakhir mangsa, seluar panjang dadu berwarna biru putih hijau,” ujarnya.

Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan