Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto RTM

Permainan lalu lintas dihidupkan semula

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 23 Nov: Selepas sembilan tahun dihentikan, permainan lalu lintas Sarawak dihidupkan semula di Miri hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, permainan tersebut bertujuan mendidik pelajar mengenai keselamatan jalan raya.

Menurutnya, pendekatan simulasi fizikal lebih efektif berbanding versi digital seperti pemainan komputer yang pernah digunakan sebelum ini.

“Permainan ini akan diadakan setiap tahun bagi membolehkan sekolah bersaing untuk meraih gelaran juara sekali gus memberikan rasa bangga kepada sekolah yang berjaya.

“Melalui permainan ini, pelajar dapat memberikan tumpuan kerana mereka akan bersaing untuk menang.

“Mereka yang pernah menyertai permainan ini dahulu masih ingat pengalaman mereka. Pengalaman membantu mereka memahami peraturan jalan raya sewaktu mengambil lesen memandu,” katanya ketika berucap merasmikan Permainan Lalu Lintas di Taman Bulatan Miri hari ini.

Kim Shin berkata, objektif utama adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, menggalakkan pemikiran kritikal dan melahirkan peserta yang boleh menjadi duta keselamatan jalan raya.

Permainan tahun ini mendapat sokongan pelbagai agensi seperti Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri.

Program tersebut melibatkan simulasi interaktif lengkap dengan pegawai polis dan JPJ yang memantau peraturan lalu lintas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan