Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemanca Nawan Luhat ketika ditemui TVS pada Majlis Perasmian Solar Hybrid Kawasan Daerah Apoh di Kampung Long Atip hari ini. Foto TVS

Penduduk Kampung Long Atip kini nikmati elektrik 24 jam

ByVanessa Enjop

BARAM, 23 Nov: Projek solar hibrid yang dilancarkan di Kampung Long Atip baru-baru ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memastikan penduduk pedalaman menikmati bekalan elektrik 24 jam.

Pemanca Nawan Luhat berkata, ia memberikan impak besar kepada kehidupan masyarakat setempat yang selama ini bergantung kepada bekalan elektrik tidak stabil.

“Sebagai masyarakat di pedalaman, kami juga ingin mencapai kemajuan dan kemakmuran seperti rakyat Sarawak lain. Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana kami tidak dipinggirkan.

“Pembentangan Belanjawan Sarawak 2025 menyaksikan kawasan luar bandar tidak dipinggirkan dan pelbagai projek dirancang termasuk dari segi fizikal, sosial, keagamaan dan aspek lain,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Nawan turut berterima kasih kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sangat berjiwa rakyat.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang sentiasa berusaha membangunkan kawasan pedalaman,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan