Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Indonesia Jeneral Polis Listyo Sigit Prabowo. Foto David Andreas (TVS)

Pegawai polis di Sumatera Barat ditembak mati rakan sekerja

ByTVS

JAKARTA, 23 Nov: Seorang pegawai polis di Solok Selatan, Sumatera Barat maut akibat ditembak mati oleh rakan sekerjanya sendiri.

Mangsa tembakan ialah Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, ACP Ryanto Ulil yang ditembak oleh Ketua Operasi Polis, ACP Dadang Iskandar pada Jumaat awal hari ini di mana pelaku melepaskan tembakan terus ke arah kepala mangsa di pejabat Polis Wilayah Solok Selatan.

Ketua Polis Indonesia Jeneral Polis Listyo Sigit Prabowo, turut bercakap mengenai kes tembak itu dan meminta pelakunya diambil tindakan tegas.

“Saya minta sesiapa sahaja yang menjadi suspek tanpa mengira pangkat perlu diambil tindakan tegas tanpa teragak-agak,” katanya.

Beliau berkata, selepas menembak mangsa suspek menyerah diri dan kini ditahan untuk proses menyeluruh.

Berdasarkan siasatan awal, motif suspek menembak bermula apabila suspek tidak berpuas hati berikutan penahanan mangsa terhadap seorang pengusaha lombong di wilayah itu.

Bedah siasat masih dijalankan setakat ini dan siasatan mendalam sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan