Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Cawangan PBB Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui media selepas mempergerusikan Mesyuarat Agong Perwakilan Tiga Tahun Sekali PPB Cawangan Tupong di Hikmah Exchange. Foto TVS

PBB Tupong sokong lima jawatan tertinggi tidak dipertandingkan

KUCHING, 23 Nov: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong menyokong usul mengekalkan dan tidak mempertandingkan lima jawatan utama pada Perhimpunan Agung PBB ke-16 yang dijadualkan pada awal tahun depan.

Ketua PBB Cawangan Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, jawatan tersebut termasuk Yang Dipertua PBB yang disandang Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dua jawatan timbalan yang dipertua dan dua jawatan naib presiden kanan.

Menurutnya, kesepakatan itu dicapai semua perwakilan PBB Tupong selepas pungutan suara menerusi kertas pencalonan yang diberikan kepada ranting.

“Jawatan itu adalah satu perkara lain namun apa yang lebih penting adalah untuk kita memberi khidmat bakti sama ada anda adalah yang pertama, kedua atau ketiga, yang paling penting adalah semangat untuk memberi khidmat bakti.

“Budaya inilah yang kita terapkan dalam kalangan ahli PBB Tupong bukan dari zaman saya tetapi zaman Allahyarham Datuk Daud Abdul Rahman.

“Maka inilah kesannya yang kita lihat pada hari ini yang mana kita bekerjasama dan berbincang untuk memastikan kestabilan dan kesinambungan dalam Parti PBB Tupong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempergerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali PPB Cawangan Tupong di Hikmah Exchange di sini pada Sabtu.

Fazzrudin berkata, selain usul berkenaan, PBB Cawangan Tupong turut sebulat suara menyokong penuh usul berkaitan usaha Premier Sarawak dalam mempertahankan hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gas termasuk pelantar benua, memastikan dasar undang-undang seperti Ordinan Perlombongan Minyak 1958 dan Ordinan Pengedaran Gas 2016 terus diperkuatkan dan menyokong peranan PETROS dalam pembangunan infrastruktur gas yang mampan serta pengawalan aktiviti minyak dan gas di Sarawak.

Katanya, secara keseluruhan usul yang di kemukakan oleh perwakilan PBB Cawangan Tupong menjurus kepada tiga fokus utama membabitan politik, ekonomi dan pembangunan kawasan Kuching khasnya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

Turut ditekan dalam usul berkenaan usaha menangani isu sosial seperti kegiatan judi dalam talian yang kian berleluasa walaupun aktiviti pembenterasan oleh polis kerap dilakukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan