Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim bergambar beramai-ramai pada Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa. Foto Willy Jali (TVS)

Masyarakat perlu cakna cegah kebakaran

ByWilly Jali

KUCHING, 23 Nov: Setiap lapisan masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan mencegah kebakaran daripada berlaku.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, tanggungjawab tersebut bukan hanya digalas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tetapi semua pihak harus memberi sumbangan.

“Keselamatan kebakaran bukanlah tanggungjawab pihak berkuasa semata-mata namun ia merupakan tanggungjawab bersama setiap individu dalam komuniti. Terlalu kerap kita mendengar kisah tragis kebakaran yang menyebabkan kehilangan harta benda besar, malah lebih buruk lagi kehilangan nyawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu

Dalam pada itu, beliau juga teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk setempat pada Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba.

Katanya, usaha secara bersama yang ditunjukkan mencerminkan komitmen terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

“Saya ingin berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang yang bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Padawan untuk menganjurkan Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba ini.

“Usaha anda mencerminkan komitmen terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Tidak lupa juga penduduk yang hadir hari ini kerana meluangkan masa dan menunjukkan komitmen untuk menyertai inisiatif bermakna ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan