Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama 14 wakil kerajaan selepas menurunkan tandatangan pada deklarasi Kuala Lumpur: Tekad bersama Perkhidmatan Awam Malaysia sempena program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. Foto Bernama

Kerajaan Madani tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada agenda pembangunan negara, memperkukuh ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.

“Kita diiktiraf bukan kerana Perdana Menteri tetapi kerana negara ini aman, negara ini pacu pertumbuhan dan pasukan itu bersuara dengan sederap satu nada.

“Kalau sebut permasalahan Gaza dan Palestin, suara kita didengar, tapi sementara satu dunia iktiraf, masih ada suara keliru (seolah-olah) menyokong Israel,” kata beliau.

Sementara itu, Perdana Menteri menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha kerajaan melaksanakan program secara telus dan bersih.

Mengambil contoh lawatan beliau baru-baru ini, Anwar berkata kerajaan menganjurkan syarikat swasta yang berpotensi melabur serta sedang melabur untuk menyertai rombongan, sekali gus membayar kos.

“Mereka menyertai rombongan dan bayar kos. Itu pun jadi salah?. Jadi negara ini, kalau kita layan sangat, yang curi, yang rompak dan yang sakau itu dipuja.

“Tetapi yang kita cuba jalankan program secara bersih itu dicerca,” kata beliau dan menambah antara syarikat menyertai rombongan itu ialah Petronas, Proton dan syarikat semikonduktor.

Terdahulu, Anwar serta dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menyaksikan pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur-Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia.

Deklarasi yang dilancarkan pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 hari ini, dimeterai oleh semua pentadbiran kerajaan negeri, mencerminkan komitmen penjawat awam seluruh negara untuk menyokong sepenuhnya agenda reformasi perkhidmatan awam. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan