Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan jurulatih berpengalaman dari Denmark Kenneth Jonassen, sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu. Foto BAM (FB)

Jonassen diumum ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan jurulatih berpengalaman dari Denmark Kenneth Jonassen, sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.

Perkembangan dinanti-nantikan itu diumumkan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini.

Subramaniam berkata Jonassen yang menandatangani kontrak selama empat tahun, akan memulakan tugasnya secara rasmi bermula 4 Jan 2025.

Beliau berkata sebahagian daripada tugasnya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Pengarah Kejurulatihan BAM Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang bagi program perseorangan Malaysia.

Jonassen mempunyai rekod prestasi yang terbukti antaranya selepas memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun.

Sebelum ini, jurulatih berusia 50 tahun itu pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih England.

Bekas pemain nombor dua dunia itu pernah memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura, sepanjang kariernya.

Sementara itu, Subramaniam turut mengumumkan bekas Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dilantik sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup badan induk itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan