Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Hamden Mohammad ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Sabal dan Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Sabal 2024 di Simunjan pada Sabtu.

JHS, UNIMAS bentuk kerjasama penyelidikan biodiversiti

SIMUNJAN, 23 Nov: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menandatangani Surat Persefahaman (LoU) bagi membentuk kolaborasi penyelidikan berkaitan biodiversiti di hutan simpan kekal di wilayah ini.

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad berkata, kerjasama JHS dan UNIMAS akan terus memperkasakan segmen penyelidikan, pemuliharaan dan konservasi di hutan simpan termasuk Hutan Simpan Sabal.

Menurutnya, pemeteraian LoU tersebut merupakan langkah pertama kolaborasi sebelum menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah semua perkara diputuskan oleh kedua-dua pihak.

“Jabatan Hutan Sarawak juga akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan UNIMAS. Antara tujuan MoU tersebut adalah untuk menjalankan aktiviti yang merangkumi penyelidikan dalam biodiversiti dan bidang berkaitan, mendokumentasi serta memelihara spesies tumbuhan selain bekerjasama dengan pihak jabatan mengenai bahan semula jadi dan prospek biologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Sabal dan Ekspedisi Saintifik Hutan Simpan Sabal 2024 di Simunjan pada Sabtu.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Al-Khalid Othman berkata, kolaborasi penyelidikan itu kelak akan membantu dalam memperkukuhkan usaha penyelidikan saintifik, pemuliharaan biodiversiti serta pengembangan ilmu di Sarawak.

“Ekspedisi saintifik ini merupakan satu manifestasi komitmen antara UNIMAS dengan Jabatan Hutan Sarawak dalam usaha kesedaran dan kesediaan memahami tentang melindungi kekayaan semula jadi di sekitar Sarawak.

“Saya dimaklumkan ekspedisi ini melibatkan 17 subprojek penyelidikan daripada ahli penyelidik UNIMAS dan Jabatan Hutan Sarawak dengan dibantu pelajar kita berkaitan kajian biodiversiti flora dan fauna, kualiti air serta mengkaji ekosistem kawasan Hutan Simpan Sabal,” katanya.

Hutan Simpan Sabal yang mempunyai keluasan 2,613 hektar merupakan antara destinasi penting terutama dari sudut penyelidikan dan juga kajian pelbagai spesies flora dan fauna di Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan