Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyampaikan sijil kepada peserta Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu. Foto Willy Jali (TVS)

Jaga pili bomba tanggungjawab semua

ByWilly Jali

KUCHING, 23 Nov: Tugas menjaga pili bomba adalah tanggungjawab setiap lapisan masyarakat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, komuniti setempat perlu mengetahui kepentingan menjaga pili bomba kerana ia adalah tanggungjawab penting bagi mencegah dan mengurangkan risiko kebakaran.

“Perkara ini amat penting kerana ia adalah peranan yang perlu dilakukan oleh setiap komuniti setempat. Pili bomba ini bukan hanya hak kerajaan sahaja namun ia adalah hak masyarakat. Jangan tunggu kerajaan kerana tidak susah untuk menjaga peralatan ini (pili bomba).

“Oleh itu, program hari ini menyediakan peluang yang amat bernilai untuk komuniti mempelajari langkah pencegahan kebakaran yang penting serta teknik memadam kebakaran melalui demonstrasi praktikal. Selain itu, memahami peranan penting pili bomba serta penyelenggaraannya dalam keselamatan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu.

Menurutnya, program anjuran Majlis Perbadanan Padawan (MPP) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak (JBPM) itu merupakan inisiatif yang memperkasakan penduduk tempatan untuk mengambil langkah proaktif demi memastikan keselamatan kejiranan selamat.

Tambahnya, kepentingan menjaga hubungan baik dengan jiran adalah penting agar dapat membina kejiranan yang lebih selamat dan berdaya tahan.

“Saya juga berbesar hati melihat bahawa pemimpin komuniti kita, termasuk penghulu dan ketua kampung memainkan peranan yang bertanggungjawab dan proaktif. Penglibatan konsisten mereka dengan penduduk memastikan semua orang terus mendapat maklumat dan bersatu sebagai sebuah komuniti.

“Saya yakin kawasan RPR Batu Kawa dapat menjadi model bagi komuniti lain di Padawan. Penyertaan aktif anda dalam program ini menunjukkan komitmen anda untuk membina kejiranan yang lebih selamat dan berdaya tahan,” ujarnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan