Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya empat maut manakala 23 cedera dalam serangan udara Israel di ibu negara Lubnan, Beirut, pada Sabtu. Foto AFP

Israel lakukan serangan udara di Beirut

ByBernama

BEIRUT, 23 Nov: Sekurang-kurangnya empat maut manakala 23 cedera dalam serangan udara Israel di ibu negara Lubnan, Beirut, pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua yang memetik saluran televisyen tempatan al-Jadeed.

Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk, mengakibatkan bangunan lapan tingkat musnah serta merosakkan bangunan berhampiran, menurut al-Jadeed.

Pasukan pertahanan awam masih berusaha mengalihkan runtuhan bagi mencari mangsa, manakala ambulans bersedia untuk membawa mangsa ke hospital.

Media Israel melaporkan serangan itu menyasarkan seorang pegawai kanan Hizbullah.

Sejak 23 September, tentera Israel telah meningkatkan serangan udaranya ke atas Lubnan, yang mencetuskan peningkatan konflik dengan Hizbullah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan