Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Penutupan Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu. Foto Willy Jali (TVS)

Elaun ahli PBT, KMKK dijangka naik tahun depan

ByWilly Jali

KUCHING, 23 Nov: Elaun ahli majlis tempatan, pemimpin komuniti dan ketua kampung di seluruh Sarawak akan dinaikkan bermula tahun depan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kajian berkaitan urusan kenaikan elaun untuk ahli majlis tempatan hampir selesai.

“Kita bercadang untuk menaikkan elaun ahli majlis tempatan, pemimpin komuniti dan ketua kampung di seluruh Sarawak. Namun ia memerlukan banyak masa untuk meneliti kenaikan elaun bagi pemimpin komuniti dan ketua kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Keselamatan Kebakaran dan Teman Pili Bomba di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kementeriannya akan mengadakan mesyuarat pada tahun depan untuk membincangkan berkaitan cadangan kenaikan elaun tersebut sebelum membuat keputusan akhir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan