Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir kilat yang melanda wilayah Tapanuli Selatan, Provinsi Sumatera Utara. Foto BNPB

Banjir kilat ragut dua nyawa di Sumatera Utara

JAKARTA, 23 Nov: Banjir kilat yang melanda wilayah Tapanuli Selatan, Provinsi Sumatera Utara, pagi Sabtu mengakibatkan dua mangsa meninggal dunia.

Difahamkan kejadian berlaku susulan hujan lebat dengan intensiti tinggi di kawasan itu sejak Jumaat.

Berdasarkan laporan yang diterima Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), terdapat dua kawasan terjejas iaitu Sayur Matinggi dan Batang Angkola dengan berpuluh-puluh rumah penduduk serta kemudahan awam rosak akibat banjir.

Menurut Jurucakap BNPB Abdul Muhari, setakat ini pasukan gabungan yang dibantu polis dan tentera masih melakukan penilaian, pencarian, pemindahan dan usaha pemulihan terhadap kesan bencana.

“Memandangkan kejadian baru sahaja berlaku pagi tadi, penilaian masih dijalankan dan data berkaitan jumlah penduduk terjejas masih dikemas kini,” katanya.

Beliau berkata, usaha tindak balas kecemasan dijalankan dan tapak pemindahan sementara diwujudkan untuk menampung penduduk yang terjejas.

Bantuan logistik juga diagihkan bagi memastikan bekalan penduduk yang berpindah terjamin manakala perkhidmatan kesihatan kepada penduduk terjejas antara fokus utama manakala proses membaiki kerosakan infrastruktur penting seperti akses jalan raya dan kemudahan awam sedang dijalankan.

BNPB menggesa orang ramai di kawasan yang sering dilanda bencana berwaspada terutama pada musim hujan yang boleh mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh atau bencana lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan