Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Kelab Golf Sarawak, Terence Lee menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Alumni Kapten KGS di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada Sabtu. Foto: TVS

Alumni Sekolah St Joseph kekalkan mahkota kejuaraan

KUCHING, 23 Nov: Bekas pelajar Sekolah St. Joseph mengekalkan mahkota juara Kejohanan Golf Alumni KGS ke-16 di Kelab Golf Sarawak hari ini.

Seramai 124 bekas pelajar dari empat sekolah merangkumi Sekolah St. Joseph, Sekolah St. Thomas, Sekolah Sacred Heart dan Sekolah Tanjung Lobang menyertai kejohanan tersebut.

Lebih menarik lagi, kejohanan tersebut turut disertai Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh dan Penasihat di Jabatan Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom.

Pengurus Besar KGS Terence Lee berkata, bilangan peserta tahun ini amat memberangsangkan daripada alumni empat sekolah.

Menurutnya, kejohanan itu diharapkan dapat diteruskan pada tahun akan datang bagi mengekalkan hubungan dalam kalangan alumni.

“Kami berharap hubungan ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.

“Seperti hari ini, kita mempunyai 124 pemain dan ia menunjukkan sambutan sangat baik daripada semua sekolah,” katanya.

Pengurus Besar KGS Terence Lee

Beliau berkata pada Kejohanan Golf Alumni Kapten KGS di Kelab Golf Sarawak (KGS) di Kuching pada Sabtu.

Objektif kejohanan tersebut adalah untuk mengiktiraf semua sekolah yang sebelum ini pernah menjadi Kapten Kelab Golf Sarawak.

Kejohanan kali ini diadakan untuk merebut Piala Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found