Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas sidang media "World Congress On Design And Health" WCDH Borneo 2026) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

UNIMAS diumum penganjur pertama dari Borneo bagi 15th World Congress & Exhibition on Design and Health 2026

KUCHING, 22 Nov: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal menjadi penganjur pertama dari Borneo bagi acara “15th World Congress and Exhibition on Design and Health 2026” di sini.

Beliau berkata kongres tersebut akan memfokuskan isu kesihatan yang memupuk persekitaran mampan dan pembangunan ekonomi di bawah inisiatif Bandar Sihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid 2030 (PCDS 2030).

Menurut beliau, melalui perkongsian ilmu baharu bersama peserta dari luar negara itu akan memberi idea yang berlainan dan peserta tempatan juga boleh memberikan pandangan global sekali gus memperlihatkan kepakaran mereka kepada peserta luar tentang pengurusaan kesihatan dan persekitaran.

“Jadi, itulah sebabnya kami mahu penyertaan antarabangsa untuk berkongsi, belajar, dan sudah tentu, kami juga mempunyai kepakaran kami untuk tunjukkan kepada dunia, kerana kepakaran boleh ada di mana-mana walaupun dalam hutan Borneo.

“Kita boleh berkongsi dengan dunia, tetapi kita juga mahu dunia berkongsi dengan kita selaras dengan kita bergerak ke tahun 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media “World Congress On Design And Health” WCDH Borneo 2026) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Jumaat.

Tambah Dr Sim, persidangan tersebut mensasarkan sebanyak 1,000 perwakilan antarabangsa dan tempatan daripada pelbagai bidang termasuk kesihatan, kerajaan tempatan, arkitek dan perancang bandar.

Ia juga akan melibatkan rakan kongsi tempatan seperti Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Jabatan Kesihatan negeri dan Acara Perniagaan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan