Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Maimunah menyerahkan sijil penyertaan kepada guru SMK Medamit pada program itu.Foto TVS

SABATI, PETROS perkasa pelajar kuasai STEM dan Bahasa Inggeris di luar bandar

LIMBANG, 22 Nov: Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) menyumbangkan sejumlah RM1 juta kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) untuk melaksanakan Program Pendidikan Luar Bandar SABATI-PETROS (PPLBS-P) di wilayah ini.

Timbalan Setiausaha SABATI, Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud berkata program itu bertujuan bagi menggalak pelajar khususnya di luar bandar menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris.

Menurutnya, PPLBS-P merupakan cetusan idea Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sewaktu mengadakan lawatan ke Galeri SABATI pada November tahun lepas.

Beliau memberitahu Abang Johari telah mencadangkan agar dana tersebut digunakan untuk aktiviti dan program bagi membantu pelajar luar bandar agar mereka berminat dalam bidang STEM bermula dari sekolah rendah hingga peringkat pendidikan tinggi.

“Premier Sarawak telah menyarankan rancangan program pendidikan ini kepada Presiden SABATI iaitu isteri beliau sendiri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

“Kami merancang untuk memanfaatkan RM 1 juta untuk kebaikan kepada pendidikan anak-anak sekolah luar bandar dan tujuan utama progam ini dilaksana untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk mempelajari sains dari peringkat sekolah rendah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kem Karnival STEM SMK Medamit di Dewan Pegari SMK Medamit Limbang hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Dayang Maimunah meyakini program itu akan memberi impak positif dalam menarik minat pelajar dan menambah bilanga pelajar untuk memasuki aliran sains, teknologi dan vokasional di peringkat Tingkatan Empat.

Beliau menjelaskan selain sekolah lain, SMK Medamit Limbang yang merupakan sekolah menengah luar bandar dipilih untuk program itu kerana difahamkan sekolah itu tidak ada aliran sains di Tingkatan Empat dan Lima.

Beliau berkata lagi program itu juga mampu menambah bilangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains, Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat universiti.

Jelasnya ia juga mampu menambah ilmu guru-guru sains dalam pengajaran dan pembelajaran seperti teknik menjawab soalan dan menambah peratusan kelulusan sains dalam peperiksaan utama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan