Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis merampas 1,450 karton rokok pelbagai jenama dan 50 kotak minuman keras seludup dalam satu serbuan di sebuah premis di Miri. Foto IPD Miri

Rokok, minuman keras seludup bernilai RM 765,840 dirampas di Miri

MIRI, 22 Nov: Polis merampas 1,450 karton rokok pelbagai jenama dan 50 kotak minuman keras seludup dalam satu serbuan di sebuah premis di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri pada jam 11 pagi.

“Semasa serbuan dijalankan, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan.

“Anggaran nilai rampasan ialah RM 765,840,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Permohonan reman suspek telah dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret Miri dan diluluskan selama lapan hari untuk membantu siasatan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan