Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024. Foto fail TVS

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada US$118.0 bilion pada 15 November 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (US$105.0 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM591.921 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM484.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM59.98 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM591.21 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM173.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM133.87 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM10.36 bilion), deposit lain (RM64.29 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM4.09 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan