Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pikap terbakar di Rumah Nyalong, Batu 28, Jalan Pan Borneo Bintulu - Miri. Foto JBPM

Pikap terbakar di Jalan Pan Borneo Bintulu – Miri

BINTULU, 22 Nov: Sebuah pikap terbakar di Rumah Nyalong, Batu 28, Jalan Pan Borneo Bintulu – Miri di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, Mohd Syukri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 8.30 pagi dengan menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah pikap yang terbakar keseluruhan di bahagian pemandu dan bahagian enjin.

“Tiada mangsa cedera dilaporkan dan pemandu berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga tiada lagi punca nyalaan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan