KUCHING, 22 Nov: Pemain Kuching City FC (KCFC) perlu beraksi dengan lebih baik dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah pada perlawanan akan datang.
Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak berkata, deretan peluang terhidang gagal dimanfaatkan menyebabkan pasukannya hanya menjaringkan satu gol menentang Penang FC.
“Walaupun pemain beraksi dengan baik namun mereka hilang peluang menambah jaringan disebabkan kesilapan mudah,” katanya.
Menurutnya, peluang untuk pasukannya dan Penang FC untuk mara ke pusingan suku akhir masih terbuka.
“Saya rasa peluang sama rata, 50-50. Kita perlu terus fokus untuk perlawanan timbal balik nanti,” ujarnya.
Kuching City FC akan menerima kedatangan Penang FC pada 30 Nov di Stadium Negeri.-TVS