Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant. Foto AFP

Pejabat Hak Asasi manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant

ByBernama

GENEVA, 22 Nov: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis menyatakan sokongan penuhnya terhadap usaha Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam meneruskan pertanggungjawaban, selepas tribunal itu mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant berhubung tindakan mereka dalam perang Gaza.

“Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, merentasi semua situasi dan kes yang berada dalam bidang kuasanya,” kata jurucakap Jeremy Laurence kepada Agensi Anadolu (AA) dalam satu kenyataan bertulis.

“Kami menyokong penuh usahanya untuk meneruskan pertanggungjawaban terhadap jenayah antarabangsa yang paling serius,” tambahnya.

“Negara-negara pihak kepada Statut Rom mempunyai kewajipan untuk menghormati dan melaksanakan keputusan Mahkamah, yang kami mengharapkan mereka bertindak menurut kewajipan ini,” ujar Laurance.

Kamar praperbicaraan 1 Mahkamah Hague menyatakan bahawa mereka telah “mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Okt 2023 hingga 20 Mei 2024.”

Mengenai dakwaan jenayah mereka, mahkamah berkata ia “menemui alasan munasabah” untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab secara jenayah atas “jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan membunuh, penganiayaan, dan perbuatan tidak berperikemanusiaan lainnya.”

Serangan genosid Israel ke atas Gaza baru-baru ini memasuki tahun kedua, yang telah meragut kira-kira 44,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan