Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allahyarham Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie.

Napie Spider meninggal dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Gitaris kumpulan Spider Hanafi Hamdan atau lebih dikenali sebagai Napie meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 3.54 pagi tadi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya Norasidah Said ketika dihubungi Bernama.

“Arwah suami terlantar di atas katil dan tak boleh bergerak sejak empat bulan lepas setelah diserang angin ahmar.

Keadaannya semakin merosot dan malam tadi dikejarkan ke hospital.

“Doktor sahkan ada jangkitan kuman di paru-paru,” katanya.

Norasidah berkata jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.

Napie, 51, bersama Spider sejak awal penubuhan kumpulan rock itu di Johor Bahru, Johor pada 1996. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found