Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep pada sidang media Karnival Belia Bau 2024 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

KBB pupuk semangat masyarakat dalam kalangan belia

KUCHING, 22 Nov: Karnival Belia Bau (KBB) 2024 dilihat sebagai platform untuk memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan belia.

Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep berkata, pada masa sama ia memperkasa golongan tersebut menerusi pelbagai aktivti yang dilangsungkan di Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) Bau.

Karnival Belia Bau 2024 platform perkasa komuniti belia | TVS

Menurutnya, penganjuran KBB 2024 edisi pertama ini akan menyemarakkan segmen keusahawanan, seni dan kreativiti, permotoran serta sukan dengan jangkaan 10,000 bakal hadir dari 29 November hingga 1 Disember.

“Belia perlu diberi ruang dan peluang, saya percaya jika mereka diberi peluang terlibat dalam penganjuran aktiviti seperti ini, saya pasti mereka akan merebutnya. Jangan menidakkan peluang ini kerana kita sebagai pemimpin perlu memberi ruang dan contoh yang baik agar mereka mampu mencipta kejayaan sendiri.

“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan mendukung usaha dan penglibatan dalam karnival seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Belia Bau 2024 di Kuching pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur KBB 2024, Kapten Joseph Emmanuel berkata, karnival tersebut turut menjadi pemangkin kepada segmen ekonomi dan pelancongan di daerah yang terkenal dengan sejarah aktiviti pelombongan emas itu.

“Sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival ini kelak, kita menjemput vendor yang terdiri daripada belia di sekitar Bau untuk menyertai kita. Ini secara tidak langsung akan memperkasakan sosioekonomi di sini.

“Kita tahu Bau amat terkenal dengan tarikan pelancongan seperti Gua Angin dan Gua Pari-Pari, penganjuran karnival ini akan turut membantu memperkasakan lagi segmen pelancongan di Bau,” ujarnya.

Karnival Belia Bau 2024 menjanjikan pengisian acara menarik seperti program Jualan Rahmah, khidmat masyarakat dan pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kereta, pertandingan nyanyian Bau Idol, pakaian warisan dan ratu cantik serta pertandingan bola sepak.

Konsert Rakyat KBB 2024 turut diadakan dan akan menampilkan barisan artis tempatan seperti Juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy, The Burnt, Lock N Load, Ellawati, The Pharmacist DJ dan DJ Liszt.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan