Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah (KUWIN), Norela Omar. Foto Muhamad Ahnaf (TVS)

Faktor geografi sukarkan bantu ahli KUWIN

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Nov: Pengerusi Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah (KUWIN) Norela Omar mengakui pelbagai cabaran dihadapi dalam mengumpul dan menyelaraskan ahli kelab yang terdiri daripada usahawan wanita setempat.

Menurutnya, mendaftar ahli KUWIN bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa singkat dan ia memerlukan sokongan berterusan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Niah.

“Dengan sokongan daripada sahabat AIM, segala cabaran untuk mengumpulkan nama ahli dapat diatasi dengan lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata, salah satu cabaran utama yang dihadapi adalah dalam menyampaikan bantuan kepada ahli KUWIN yang berada di lokasi jauh jika berlaku kematian dalam kalangan ahli atau keluarga mereka.

“Dengan bantuan ahli jawatankuasa KUWIN, kita biasanya merancang penghantaran secara berkumpulan, mengumpul nama penerima sumbangan dan membuat penghantaran dalam satu atau dua hari. Kadang-kadang proses ini berulang sehingga tiga hari,” ujarnya.

Menurutnya, dalam usaha memajukan ekonomi ahli, KUWIN turut menganjurkan pelbagai aktiviti jualan melalui karnival keusahawanan.

“Gerai jualan yang disediakan membolehkan ahli KUWIN mempromosikan dan menjual pelbagai produk mereka termasuk makanan, minuman, pakaian serta produk kraf tangan seperti bunga hiasan dan kerepek,” jelasnya.- TVS

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan