Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Datuk Rosey Yunus, ketika berucap merasmikan Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Niah. Foto Muhamad Ahnaf (TVS)

AIM bantu kurangkan kemiskinan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 22 Nov: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ditubuhkan sejak 1987 kekal relevan bagi mengurangkan kadar kemiskinan terutama dalam kalangan wanita.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, kewujudan AIM memberikan harapan kepada wanita untuk mengubah kehidupan.

“Bantuan dalam bentuk kredit kewangan bersaiz kecil hingga besar membantu isi rumah memulakan aktiviti ekonomi tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Sahabat Usahawan AIM Cawangan Niah di Dewan Masyarakat Bekenu hari ini.

Karnival dua hari itu dianjurkan Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Niah (KUWIN) dengan kerjasama AIM Cawangan Niah.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menjelaskan, AIM Cawangan Niah yang ditubuhkan sejak 2015 kini mempunyai 2,191 sahabat usahawan berbanding hanya 1,834 pada awal penubuhannya.

“Pembiayaan meningkat daripada RM9,105,800 kepada RM11,046,800 pada 2024 dengan kadar pembayaran balik mencapai 100 peratus.

“Kejayaan dalam memastikan disiplin pembayaran balik 100 peratus ini menunjukkan pencapaian luar biasa AIM Cawangan Niah,” ujarnya.

Menurutnya, selain memperkasa wanita melaui aktiviti ekonomi, AIM juga menjaga kebajikan ahli.

“Setakat Oktober 2024, AIM Cawangan Niah menyediakan RM68,900 melalui Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat merangkumi bantuan dialisis, kematian, kemusnahan rumah dan sumbangan pendidikan kepada anak sahabat usahawan,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan